Kebanyakkan
wanita atau ibu yang baru melahirkan anak, malas berpantang atau degil
apabila disuruh berpantang dan paling teruk tak tahu lansung tentang apa
itu berpantang .
Memang
lumrah manusia perkara baik memang susah nak ikut & kadang2 deme
ni (ckp org perak) ada pendapat sendiri berdasarkan kawan2, buku dll.
Tapi Alhamdulillah dengan adanya teknologi sekarang, wanita yg baru
bersalin pada masa sekarang, banyak membaca, mendapatkan khidmat nasihat
drpd pakar atau bidan, bagaimana nak berpantang secara traditional
tetapi moden.
Syarikat
k.shila iaitu Mom’s Postnatal Care Consultant & Services
menjalankan servis berurut & bertungku serta khidmat nasihat kepada
bakal-bakal ibu dan bapa tentang menghadapi kelahiran, cara berpantang,
pemakan dan bagaimana mengatasi situasi meroyan dan bagaimana mengelak
meroyan ketika berpantang, juga bagaimana menghindari demam kuning pada
baby dan macam2 lagi.
Paling
penting berpantang cara traditional tapi moden. Untuk keterangan lanjut
boleh jenguk untuk nak kongsi & tahu akibat atau kesannya jika tak
berpantang.
Ada
sesetengah wanita yang degil, tak mahu berpantang, tak nak ambik jamu
lepas bersalin, tak nak berurut atau bertungku, mandi air sejuk, minum
air sejuk, makan ikut suka. Bila mak marah atau tegur tunjuk muka masam
atau jawab “Alah..! org tau la” dlm hati kata “dah tua nanti semua org
sakit, rasa badan ni ok je tak rasa apa2 pun”..
Kalau
ada yang buat macam ni, cer baca cite kat bawah ni.. ini barusalah satu
kesan.. nanti k.shila kongsikan banyak lg kesan. Tolong baca ia penting
ok!!!
Apakah Akibat & Kesan :
Rahim Jatuh / Prolapse
Prolapse
Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala
terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh
ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal
menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim
seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat
- Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
- Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
-
Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim
terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa
di gelar "tombong”.
Gangguan Kencing
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
- kerap kencing
- sakit ketika nak kencing
- kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
di panggil (Stress Incontincence).
Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.
Gangguan Hubungan Kelamin
Oleh
kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang
memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya
untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin
terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada
sang suami kurang puas & tak menyeronokkan.
Ramai
wanita seta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika
melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini
berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran
atau kelemahan otot disekeliling faraj.
Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita
Gangguan
lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak
selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar
daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh
sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian
pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu
sakit pinggang.
Gangguan Kesihatan
Dalam
Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim
terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan
menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan
menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka
masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada
pergeseran yang berpanjangan.
Oleh
Sebab itu, jangan ambik mudah tentang berpantang, pakai bengkung, makan
jamu bersalin & makan makanan yg disyorkan.. Kalau tak tau nak cari
kat mana jamu, Bengkung, daun mandi, senang cite barangan untuk
berpantang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Kesan Buruk Tidak Berpantang Selepas Melahirkan Anak Yang Wanita Perlu Tahu ! "
Post a Comment