loading...

Nak Tahu Kenapa Gambar Artis Tetap Cantik Biarpun Tanpa Mekap? Bila Dah Tahu Bukan cantik Pun!!

Nak Tahu Kenapa Gambar Artis Tetap Cantik Biarpun Tanpa Mekap? Bila Dah Tahu Bukan cantik Pun!!




Dimana ada beg tangan wanita, disitu ada peralatan mekap.



Ya, mekap dan wanita tidak boleh dipisahkan kerana mereka adalah senjata utama wanita untuk tampil lebih yakin dan cantik terutamanya di dalam gambar.

Tetapi bagaimana sekiranya anda tidak memakai mekap dan tertinggal alat mekap anda, dalam masa yang sama anda benar-benar perlu mengambil gambar selfie?

Satu sahaja yang boleh diungkapkan. Ianya musibah besar buat kaum hawa. Tanpa mekap yang sempurna, sukar untuk mendapatkan gambar selfie yang cantik.

Tapi jika dilihat kepada gambar dibawah ini, Ayda Jebat masih lagi kelihatan cantik biarpun dia tidak memakai sebarang mekap. Apa rahsianya?

Telefon yang mempunyai kamera selfie yang gempak? Memang benar kerana Ayda Jebat menggunakan telefon terbaru keluaran OPPO iaitu OPPO F1. Tetapi disebalik telefon OPPO F1, ada ramuan rahsia yang menjadikan gambar Ayda Jebat ini kelihatan sempurna.

Jawapannya adalah Beautify 3.0 yang didatangkan sekali bersama telefon OPPO F1. Secara ringkasnya Beautify 3.0 adalah sebahagian dari telefon OPPO F1 yang boleh diibaratkan sebagai pengganti alat mekap anda.

Dengan kombinasi kamera 8.0 megapiksel di hadapan, arahan suara, dan Beautify 3.0, OPPO F1 menjadi alat yang sempurna untuk berselfie.



Perbezaan gambar yang telah dipertingkatkan dengan Beautify 3.0

Dengan adanya Beautify 3.0 juga, anda tidak perlu risau lagi jika tidak memakai mekap.Beautify 3.0 dengan bijaknya akan menjadikan wajah anda tetap berseri di dalam gambar selfie.

Lihat pula gambar Nora Danish di bawah ni. Tetap cantik mulus walaupun sebarang mekap di muka.

Jika diperhatikan betul-betul gambar ini sebenarnya menggunakan filter yang didatangkan bersama aplikasi kamera di dalam telefon OPPO F1.

Ini bermakna anda tidak perlu memuat naik ke media sosial untuk menggunakan filter. Cuma perlu pose di depan kamera, snap gambar dan pilih pelbagai filter yang anda mahukan secara terus di telefon OPPO F1.

Bercakap pasal snap gambar, OPPO F1 juga turut didatangkan dengan fungsi 'Flash Screen' yang mana akan membantu selfie anda kelihatan lebih terang jika dirakam di bilik kurang cahaya. Bijak kan?
  


Bukan itu sahaja, OPPO F1 juga turut mempunyai beberapa ciri unik lain yang pasti akan membuat anda kagum. Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut telefon pintar OPPO F1, anda boleh layari http://www.oppo.com/my/smartphone-f1/.

Dan sekiranya berminat untuk membeli telefon OPPO F1, anda boleh menempah dengan mudah menerusi laman web rasmi OPPO Malaysia di http://www.oppostore.com.my/products/F1/. 



Jom lihat beberapa foto hasil dari selfie dengan OPPO F1 dengan menggunakan pelbagaifilter dan mod beautify.






Cantik kan?

Ada satu lagi berita baik untuk anda semua. Sekiranya anda mahu mencuba nasib untuk mendapatkan telefon OPPO F1, OPPO ada menganjurkan satu peraduan khas. Caranya mudah sahaja, cuma perlu share video, tag rakan yang suka berselfie dan isi slogan.

Pastikan anda cepat kerana tarikh tutup peraduan ini adalah pada 10 Februari ini jam 10 malam!

0 Response to "Nak Tahu Kenapa Gambar Artis Tetap Cantik Biarpun Tanpa Mekap? Bila Dah Tahu Bukan cantik Pun!!"

Post a Comment