Dari Nurul Kasmadillawati Zakaria (Acik)
Assalamualaikum Acik, maaf menganggu malam ini. Tetapi hati ini rasa tak
puas selagi tak cerita dan tak kongsi dengan Acik. Kalau Acik rasa
perkara ini serius, Acik boleh tolong postkan tetapi hide nama saya ye
Acik.
Kisah ini berlaku pagi tadi semasa saya membawa anak check di hospital
(lokasi sebenar tidak didedahkan). Acik tahulah kan di situ memang ramai
orang. Dah ambil nombor giliran, kami nampak kerusi kosong, terus
duduk.
Anak yang berusia 2 tahun kena scan, jadi doktor cadang makan ubat
tidur untuk senang doktor nak periksa. Selepas makan ubat tidur, saya
dan suami duduk di kerusi kosong bersebelahan dengan seorang makcik ini
dan makcik itu pun berkenalan dengan saya. Macam-macam yang dia tanya
termasuk hal peribadi. Rasa menyampah pun, tetapi disebabkan tiada
kerusi kosong yang lain, terpaksa juga duduk di situ dan melayan makcik
janda anak dua orang itu.
Selepas makan ubat, anak dah hampir tertidur sambil didukung oleh suami.
Tiba-tiba makcik itu berdiri dan terus merampas anak dari tangan suami
kononnya nak memujuk. Tercengang kami dibuatnya sebab tidak pernah orang
rampas anak kami seperti itu. Suami saya ini pula jenis peramah dan
berikan saja kepada makcik itu.
Saya beritahu suami agar dia mengekori makcik itu. Saya ternampak mulut
makcik itu terkumat kamit membaca sesuatu kemudian dihembus di kepala
anak kami. Saya dah mula rasa tak sedap hati.
Masa dia bagi anak pada suami, saya tengok muka dan mata makcik itu
lain. Saya perasan bila saya tenung dia, dia buat-buat tengok telefon.
Selepas itu anak saya mengamuk teruk dan meracau-racau dalam hospital.
Kami pun kalah, memang kuat kudrat dia. Macam tak percaya sebab anak
kami tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini. Doktor terpaksa
beri ubat tidur untuk kali kedua. Itupun anak masih mengamuk sehinggalah
dia tertidur sendiri.
Dalam perjalanan pulang, saya ajak suami singgah di Pusat Perubatan
Islam (PPI). Saya ceritakan semua pada ustaz PPI. Selepas anak dirawat,
ustaz cakap ada 'benda' ikut anak dan 'benda' itu bertuan, macam saka.
Nak menangis bila saya dimaklumkan mengenai perkara itu. Betullah naluri
kami, sebab anak kami tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum
ini.
Yang paling menyakitkan hati bila anak saya dah meracau dan mengamuk,
makcik itu tak ada pula nak pujuk. Dia buat tak tahu saja, kemudian
buat-buat tanya kenapa anak jadi begitu.
Manusia rambut sama hitam tapi hati ada yang jahat. Cara macam itu pun
boleh nak lepaskan 'belaan'. Kalau masa dapat diputarkan, memang kena
makcik itu. Geram, kasihan pada anak. Alhamdulillah anak pun dah okey.
Ustaz itu kata, mujur kami bawa anak berubat dengan kadar segera.
Selepas hati kena berhati-hati jika ada orang tegur. Jangan pandang mata mereka sewaktu bersembang.
0 Response to "'Anak mengamuk & meracau selepas didukung makcik itu, rupanya dia lepaskan 'saka' pada anak kami'"
Post a Comment