Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir bergantung kepada
keperluan tukang sihir itu sendiri. Selain itu, ia juga turut dibantu
oleh makhluk halus seperti jin, syaitan atau hantu bagi mencapai apa
yang diminta. Dalam hal ini, syaitanlah yang memainkankan peranan yang
paling besar. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :
Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia.
Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, digunakan untuk menganggu manusia.
Polong : Makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang bagi menghisap darah mangsa
Jembalang : Dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan
Jenis-jenis sihir dalam masyarakat melayu
1. Sihir patung
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh
badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya. Kemudian, bahan-bahan
tersebut diikat pada patung dan patung itu dicucuk dengan jarum. Pada
masa yang sama, jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut yang
akan menyebabkan mangsa berasa sakit dan boleh membawa maut.
2. Sihir santau
Santau merupakan bahan campuran yang terdiri dari benda-benda gatal
(miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu),
benda-benda berbisa (air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak
dsb) dan benda-benda pedih (kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera,
tali sabut, kuku manusia atau binatang dsb). Ia akan dimasukkan ke dalam
makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh
tukang sihir.
3. Sihir telur layang
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu
dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke
dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya, mangsa akan
berasa sakit serta boleh membawa maut.
4. Tangkal dan azimat
Dukun atau pawang biasanya memberi kepada orang yang datang kepadanya
tangkal, azimat atau sesuatu untuk ditanam, atau memberi kertas bertulis
mantera atau kemenyan dibakar dan berasap dengannya. Ini kerana syaitan
boleh menghidu bau asap dan dengan asap itu syaitan akan segera
datang.Bomoh biasanya meminta bekas pakaian seperti sikat dan kain,
meminta sembelihan seperti ayam, burung di mana ia disembelih dengan
tidak menyebut nama ALLAH SWT, dan kemudian sembelihan itu dibuang ke
tempat sunyi untuk dipersembahkan kepada syaitan.
5. Sihir pembenci dan kasih sayang
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri.
Manakala sihir kasih sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan
menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya
dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali
sambil menyebut nama orang yang dihajati.
Jadi, pelihara diri kita dari terkena gangguan makhluk halus seperti jin
dan syaitan dengan mengamalkan Surah As Saffat, ayat 7. Dibaca setiap
kali selepas solat atau bila terasa diri tidak berapa sIhat terutama
waktu maghrib. Ayatnya pendek dan mudah dibaca iaitu :
Sumber ohmymedia
0 Response to "Antara Sihir Popular Dalam Masyarakat Melayu"
Post a Comment