Dari Kisah Rumah Tangga
Saya dimasukkan ke wad lebih awal sebab mengalami contraction yang teruk
tetapi laluan masih tak terbuka. Setelah tiga hari berada di wad,
barulah doktor buat keputusan untuk deliver secara paksaan iaitu
pecahkan air ketuban.
Selama tiga hari saya di wad menahan contraction seorang diri. Setiap
kali waktu melawat, katil orang lain penuh dengan orang. Saya?
Krik-krik.. seorang diri. Terjenguk-jenguk pintu masuk, manalah tahu
kalau suami datang tetapi hampa.
Bila call tak angkat, mesej tak reply. Setengah jam sebelum waktu
melawat tamat, suami datang bawa nasi dan terus balik. Allahu, tersentak
emosi saya ketika itu. Sudahlah menahan sakit yang teramat, dibuat pula
begitu.
Salahkah dia datang awal untuk berborak dengan isteri dia ini? Kalau
saya cakap sakit atau sedih macam mana pun kita, bila nampak suami kita
akan jadi gembira dan bersemangat. Betul tak?
Untuk pengetahuan semua, suami saya pada ketika itu baru habis kontrak
kerja. Jadi tiada alasan untuk dia tak melawat saya. Pergi kerja pun
tidak, jadi dia pergi ke mana?
Dia pergi cyber cafe main dota dengan kawan-kawan dia.
Luluh hati saya tetapi saya tolak ke tepi dan tak nak fikir sangat sebab
saya bertambah sedih pula nanti. Sudahlah saya sakit, suami pula enggan
peduli. Sebab itulah mengapa suami merupakan faktor tersebar yang
mempengaruhi psikologi seorang isteri.
Selepas dimasukkan ubat, jam 7 malam saya dimasukkan dalam labour room.
Sakit macam nak hilang nyawa. Lagi pun ini anak sulung dan saya baru
berusia 23 tahun.
Keesokannya saya dibenarkan pulang. Doktor kata jam 12.30 boleh pulang.
Saya maklumkan kepada suami. Itupun 5-6 kali call baru dia jawab sebab
dia tidur. Dari 12.30 tengah hari, jam 3 petang baru suami datang. Masa
itu memang emosi saya sudah tidak stabil.
Sebelum itu di hospital, jururawat kerap bertanya mana suami, dengan
anak merengek, susu bengkak. Menitis air mata saya pada waktu itu. Nasib
baik seorang seorang kakak di katil sebelah beri nasihat banyakkan
bersabar. Katanya anak sulung memang begitu, rasa perit sangat. Memang
perit sebab itu sokongan dari suami amat diperlukan.
Bila suami sampai, saya tanya kenapa dia lambat. Dia cakap dia pergi
makan dengan kawan dia yang datang dari kampung. Kawan dia lebih penting
daripada saya. Saya tengok suami orang lain boleh discharge on time,
kenapa suami saya tak boleh?
Saya malas nak fikirkan lagi, pendam dan diam saja. Mula terbit rasa menyampah dalam hati.
Bila di rumah, dia jarang berada di rumah pada waktu siang. Bila malam,
memang setiap malam dia akan keluar. Jam 5-6 pagi baru balik. Bayangkan
saya terpaksa berpantang seorang diri. Malam-malam seorang diri dengan
kesan luka jahit, tukar lampin baby, susu baby setiap jam. Emosi saya
benar-benar terganggu. Sudahlah masih sakit, ditambah pula menguruskan
anak seorang diri, saya memang penat habis.
Pernah anak menangis, saya cubit-cubit badan dia dan pernah tampar anak
sampai menangis tak keluar suara. Saya sumpah seranah suami di depan
anak dengan emosi yang tak stabil. Tetapi selepas kejadian itu, saya
rasa menyesal sangat. Masa saya pukul anak snediri, memang nampak dia
buruk sangat. Saya tak nampak pun seorang bayi yang comel. Bila sampai
dia menangis tak keluar suara, saya tersedar dan menangis.
"Apa salah anak saya.."
Cubalah fikir, emosi siapa yang tak terganggu. Luka jahitan masih sakit,
nak pergi toilet bangun jalan sendiri. Saya nak air, saya terpaksa
bangun dan buat serta ambil sendiri. Memang dua minggu pertama saya
berpantang dalam keadaan yang tidak stabil. Anak selalu menjadi mangsa
cubit.
Pernah anak buat perangai membuatkan saya marah dan saya tak susukan
dia. Saya bancuh susu pekat F&N itu dan beri pada anak. Saya
sumbat-sumbat puting botol susu itu sampai dia menangis lebam mata.
Suami? Keluar balik rumah tidur. Saya dan anak diabaikan.
Dua minggu saya pernah bermain pisau di kepala anak.
"Kalau kau tak diam, aku potong lidah kau nanti!"
Mungkin Allah swt nak bagi saya kesedaran, anak saya mula tak merengek. Dia diam sahaja. Cuma menangis sikit bila nak susu.
Selepas dua minggu itu, saya semakin pulih. Saya banyak membaca tentang
pantang di internet. Saya mula susukan anak dengan cara yang betul. Saya
mula memanjakan dia dan anak mula senyum pada saya. Allahu, apa yang
saya dah buat pada anak saya sendiri selama ini.
Lama kelamaan saya dah semakin stabil. Walaupun sampai habis pantang
suami saya keluar melepak memanjang, saya langsung tak fikir dan peduli
tentang dia. Memang marah dan benci pada suami itu ada sebab dia lupa
melaksanakan tanggungjawab dia. Tetapi setiap kali saya tengok anak,
saya layan anak dengan baik. Saya buang semua perasaan lain.
Sekarang kami sedang menunggu tarikh hadir ke mahkamah untuk bercerai.
Bagi saya, dari saya terus memberontak dan berbuat dosa, sakit hati
dengan perangai suami yang lebih mementingkan kawan berbanding
tanggungjawab di rumah, saya undur diri. Biarlah dia hidup dengan
kawan-kawan dia sampai mati.
Kepada golongan lelaki yang rasa tak boleh hidup tanpa kawan-kawannya,
mohon tak payah gatal bawah nak mendirikan rumah tangga kerana isteri
itu adalah amanat, begitu juga dengan anak. :elaki bergelar suami perlu
ingat bahawa, hati isteri yang perlu dijaga, bukannya hati kawan-kawan.
Jangan buat isteri seperti hamba.
0 Response to " 'Kalau kau tak diam, aku potong lidah kau nanti!' "
Post a Comment