Runtuhnya sebuah rumahtangga kerana tiada lagi kejujuran, kesetiaan dan kepercayaan antara satu sama lain. Akibatnya, hubungan rumahtangga yang dibina atas dasar cinta musnah walaupun sudah sekian lama bersama.
Kisah kecurangan ini viral di Facebook dan telah mendapat lebih 8 ribu perkongsian sejak semalam. Apa yang memeranjatkan, si suami didakwa curang dan menjalin cinta dengan pelajar tingkatan 3!
Ingat dah berubah
Bismillah. Hampir 5tahun aku pertahankan perkahwinan nie. Akhirnya tkde jodoh jugak. Aku mmg dah tahu kau kaki pempuan, dulu time ada ana. Aku bagi kau peluang. Lepas 4 tahun kawen ada anak, aku ingt kau bole berubah.
Aku dalam pantang, kau bawak balik perempuan nie kt ruma kita, kau main dia atas katil kau dgn aku. Kau ada kan semuanya untuk dia. Sedangkan selama nie, aku yang menanggung kau. Kau tk bagi aku nafkah, kau tk beli susu pampers anak. Tapi kau bole belikan perempuan kau iphone, shopping & everything.
Hanya kerana budak form 3
Aku bersyukur allah bagi aku petujuk sapa kau sebenarnya termasuk bukti. Kau sanggup buang aku & anak. Kau hancurkan perkahwinan kau hanya untuk budak sekolah form3. Kau lebih pilih dia daripada hubungan yang kita dah bina selama 8tahun. Aku serahkan semuanya pada allah. Semoga allah beri petunjuk & hidayah nya pada kau.
Biar allah membalas semuanya. Ini lah reality sebenarnya. Aku dah puas sabar & pendam semua nie. Semoga allah memberi aku kekuatan untuk terus melangkah bersama anak tersayang. Mommy sayang Haqq, Haqq kekuatan mommy.
Kesemua gambar tersebut dikongsi oleh wanita terbabit di akaun Facebook miliknya selepas tidak mampu lagi bersabar dengan kecurangan suami. Kebanyakan gambar yang dimuatnaik di akaun Wechat milik remaja ini ialah gambar suami kepada wanita berkenaan.
Moga kisah ini dijadikan iktibar, perlunya kejujuran dalam rumah tangga.
Sumber : Facebook
0 Response to "Kau Hancurkan Perkahwinan Kita Hanya Kerana Budak Form 3! – Kecewa Seorang Isteri Bila Suami Curang"
Post a Comment