Oleh Nurul Atiqa
Bismillahirahmanirohim.
Ramai yang tanya punca macam mana boleh kena sampai jadi begitu? Sebab contact lens ke? Dah berapa lama kena?
Biar saya jelaskan. Banyak sebab mengapa ia boleh terjadi begini dan ini
adalah ulser kornea, nanah dan fungal. Puncanya? Kornea luka. Bila
jumpa doktor yang tak sepatutnya, maka dapatlah juga ubat yang tidak
sepatutnya. Mata akan jadi radang, merah, luka semakin besar. Jadi
datanglah parasit yang tidak diundang.
Bukan pengguna contact lens saja yang kena nasib seperti ini, orang
tua-tua pun kena. Takkan orang tua-tua pun kena punca dari contact lens,
kan? Sudah tentu tidak. Boleh jadi luka terkena daun pandan, terguris
apa pun yang menyebabkan luka dan juga yang suka make up, kemudian tak
cuci dengan betul atau pakai make up remover yang sepatutnya.
Perlu diingatkan, duit banyak mana pun takkan mampu beli kesihatan.
Jadi, jagalah sebaik-baiknya mata kita. Mata saya menjadi seperti ini
bukan disebabkan lens. Pada awalnya, bila saya bangun dari tidur,
penglihatan mata saya kabur. Saya gosok-gosok mata ganas sangat sampai
kornea pun tercalar. Bila letak ubat yang dibeli 'suka-suka' di farmasi
tanpa meminta nasihat doktor, akhirnya menjadi begini.
Selepas dah buat kornea transplant, kuman langsung tak ada tetapi kornea
mata masih ada luka besar di dalamnya. Disebabkan tidak menjaga dengan
elok, saya dimasukan ke wad semula. Menderita kena cucuk ubat antibiotik
dalam mata. Sebab? Ubat drop tak dan dah nak masuk ke belakang mata.
Nak lawan kuman yang kuat dan semakin banyak.
Tolonglah kepada semua sahabat, elakkan pakai lens. Jaga mata kita
sebaik mungkin. Jangan gosok mata kalau gatal sangat atau suruh sesiapa
tiup. Kornea mata manusia sangat sensitif. Jangan buat andaian sendiri
mata okay atau tak serius. Terus rujuk pada doktor pakar mata.
Jangan beli ubat sendiri di farmasi dan akhir sekali jangan cuci mata
menggunakan air. Kornea luka, jangan mandi bersuka ria. Jawapannya,
kuman achantamoeba akan bertapak dalam mata. Kuman yang sangat jarang
orang terkena. Tapi kalau dah kena, sangat sukar untuk dibunuh.
Biarlah sakit ini saya saja yang rasa. Mohon kepada sahabat, keturunan
saya, orang-orang yang saya kenal dijauhkan dari dugaan seperti ini.
Sakitnya sangat seksa dan makan masa berbulan-bulan untuk sembuh.
0 Response to "'Saya gosok mata ganas sangat & guna ubat mata dibeli di farmasi tanpa rujuk doktor, sampai jadi begini' "
Post a Comment