loading...

Sebelum Kahwin Dengan Orang Jawa, Kenali Dahulu 7 Perkara Penting Ini

Artikel ini adalah hasil perkongsian Nur Najihah Muhaimin
TIPS NAK KAHWIN DENGAN ORANG JAWA
1. Jia terfikir nak tulis tentang ini semua kerana suami Jia menerima kejutan budaya Jawa selepas dia berkahwin dengan Jia. Haha. Itulah, lain kali selidik betul-betul. Ingat, kahwin itu bukan bermaksud berkahwin dengan individu. Kita kahwin ini, kahwin dengan segala jenis mak nenek budaya, bahasa, pekan dan sebagainya. Walaupun Jia tak pandai cakap Jawa, tapi Jia bangga jadi wong jowo.
2. TETAMU – Jom Jia cerita, orang Jawa sangat mesra dengan tetamu. Kalau tetamu datang bertandang ke rumah orang Jawa, tidak sah kalau tak dihidangkan makanan dan minuman. Jika sempat, memang mereka akan masak makanan berat. Orang Jawa sangat menjaga tetamu mereka.
Walaupun Jia yang bertandang ke rumah embah sendiri pun, embah akan hidangkan teh dan segala mak nenek jenis makanan. Tak cukup dengan itu, selalunya mereka akan sediakan ole-ole untuk dibawa pulang. Sekurang-kurangnya kerepek, air kotak atau agar-agar.
3. BARAAN – Bukan bara api ok! Baraan ini adalah tradisi rombongan raya yang selalunya dilakukan oleh lanang(sekumpulan lelaki) di kampung-kampung Jawa. Setiap rombongan adalah kurang lebih 30 ke 50 orang. Orang Jawa selalunya akan membuat penyediaan awal-awal lagi untuk acara baraan ini.
Selalunya, di rumah orang Jawa pada waktu raya akan ada dua ke tiga buah set meja makan yang dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih raya. Jadi, masa raya tak adalah berebut nak makan kuih raya.
Orang Jawa juga akan pergi ziarah hampir setiap ahli keluarganya. Dari sepupu, dua pupu, embah saudara dan sebagainya. Semuanya mereka kena ziarah. Orang Jawa sangat menjaga silaturahim.
4. KENDURI – Kenduri ini walau jauh macam mana sekalipun, kebanyakannya orang Jawa akan cuba untuk datang. Lagi-lagi saudara mara punya majlis kenduri.
Termasuklah kematiaan.
Oh ya, selepas kenduri kahwin akan ada kenduri sum-sum. Kenduri ini dilakukan atas tanda kesyukuran kerana kenduri pertama sudah selesai dan kenduri ini juga diadakan untuk menghargai sukarelawan yang telah bekerja semasa kenduri kahwin sebentar tadi. Kenduri ini lebih kecil dari kenduri kahwin, tetapi sangat meriah.
Suami Jia terkejut bila ada kenduri sum-sum. Dia ingat kenduri ‘cikai-cikai’.
5. MINTA MAAF – Pada waktu raya, korang akan dengar orang Jawa cakap macam ini :
“Jalok ngapuro seng akeh-akeh.”
Lebih kurang maksudnya: minta maaf zahir batin.
Mereka kalau minta maaf, peluk sakan sampai menangis tahu. Ini bukan drama ya. Ini serius!
6- Itu sahaja yang Jia nak kongsikan. Lepas ini Jia nak cuba belajar cakap Jowo. Tok gurunya embah wedoklah, embah gelak aja bila Jia cakap Jawa. Itulah bapak tak ajar masa kecil-kecil, kan dah keras lidah.
7- Semoga berjaya kepada sesiapa yang nak berkahwin dengan orang Jawa! Kahwin dengan orang Jawa best. Hehe.
Gambar tu semua gadis-gadis Jowo. Mata sepet.

0 Response to "Sebelum Kahwin Dengan Orang Jawa, Kenali Dahulu 7 Perkara Penting Ini"

Post a Comment