Gambar hiasan | @HijabFotografi |
Oleh Muhammad Ahmad
Saya setuju dengan apa yang Ustaz Ebit Lew katakan. Isteri dah banyak
kali 'mati' untuk kita (suami). Secara zahirnya mereka sedang melahirkan
anak untuk kita, tetapi hakikatnya mereka 'sedang mati' untuk kita.
Saya selalu berpesan kepada adik dan kawan-kawan lelaki, hargailah
isteri walau apa pun yang terjadi. Jangan kerana sedikit kelemahan
mereka, kita melihat kelebihan yang ada pada perempuan lain.
Kadang-kadang belum tentu perempuan lain dapat membahagiakan kita
sebagaimana isteri kita lakukan sekarang.
Ketahuilah bahawa, isteri tiada sesiapa lagi setelah berkahwin dengan
kita. Segala suka duka semuanya diharungi bersama kita. Ada mak ayah
menangis setelah anak sah menjadi isteri orang. Mereka gembira dalam
masa yang sama, mereka risau dan berharap agar kita mampu menjaga anak
mereka dengan baik.
Tiba-tiba hari ini, kita dengar kes suami pukul isteri, suami curang
dengan isteri. Mula tidak menyayangi isteri, mula ada perempuan lain.
Kenapa ada lagi lelaki yang sanggup menceraikan isteri dan meninggalkan
mereka sebatang kara bersama anak-anak semata-mata masalah yang kecil?
Kita sebagai suami sepatutnya melindungi mereka, membimbing mereka,
menjaga amanah yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Sebelum kahwin,
semua syarat kita boleh terima tetapi kenapa setelah kahwin kita lupa
segala syarat yang diberikan?
Sebelum kita pukul isteri, tampar isteri, cuba minta kawan tampar ibu
kita. Apa kita rasa? Kalau tak koma, mungkin mati si kawan itu.
Sebab itulah saya berpesan kepada remaja sekarang, kalau sukakan
perempuan, niat kerana Allah. Jika kita letak hukum Allah dalam cinta
kita kepada perempuan, kita akan menghargai mereka sampai mati.
Cinta memerlukan pengorbanan. Sahabat Nabi S.A.W sanggup putus jari,
putus tangan, kaki dan kepala untuk mendapatkan Cinta Allah. Khadijah
r.ha asalnya orang yang sangat kaya, sanggup korbankan kekayaan demi
Allah dan Rasul.
Begitu jugalah jika kita cinta pasangan kerana Allah. Pimpin keluarga
untuk ikut kehendak Allah. Dalam hubungan ketapikan kehendak kita.
Berusaha menunaikan kehendak pasangan.
Suami isteri etiap hari puji pasangan, ucap terima kasih, sayang, rindu
pada pasangan. Luangkan masa untuk mendengar setiap keluhan, masalah
pasangan. Jadi pendengar yang setia setiap perkongsian.
Tuan puan, banyak bagi masa untuk berdoa. Mengadu segalanya kepada
Allah, tiada sesiapa pun dapat menyelesaikan masalah kita kecuali Allah.
Tiada sesiapa pun yang dapat menenangkan hati kita kecuali Allah. Tiada
sesiapa pun yang dapat membahagiakan kita kecuali Allah.
0 Response to "'Isteri tiada sesiapa lagi setelah berkahwin dengan suami' "
Post a Comment