Gambar kiri, Nurul Hidayu dan anaknya, Haqq Daren | Foto - Nurul Hidayu |
JOHOR BAHRU - "Alhamdulillah, husband saya sudah ditahan reman," demikian kata Nurul Hidayu dalam perkembangan terkini kes pasangan terbabit.
Lelaki yang juga bapa kepada seorang anak itu ditahan dan dibawa ke IPD
Seri Alam malam semalam dipercayai selepas ibu pelajar tingkatan tiga
berkenaan membuat laporan polis atas tuduhan merogol budak bawah umur.
Menurut Nurul Hidayu, suaminya dan pelajar berkenaan telah mengaku
melakukan hubungan seks dengan pelajar terbabit di bilik tidur mereka.
"Tadi (malam semalam) saya dipanggil untuk diambil keterangan. Allah
tak tidur, Allah tahu mommy dan Haqq Daren dianiaya. Baba (suami) tak
mengaku adik (anak) hasil perkongsian hidup dengan Baba. Kemenangan
berpihak pada kita, nak," katanya.
Terdahulu, lelaki terbabit mendakwa Nurul Hidayu juga pernah berlaku
curang dan anak yang dilahirkan kononnya hasil dari lelaki lain. Namun
Nurul Hidayu menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tindakan suaminya itu
cuba melepaskan diri.
"Saya tak kisah dia nak menghina saya. Jangan cakap anak ini hasil dari
lelaki lain. Anak ini hasil perkongsian hidup saya dan dia selama 4
tahun.
"Dia nak pergi bersama perempuan itu, pergi. Saya redha. Saya hamil,
banting tulang empat kerat dan kerja untuk selesaikan hutang dia yang
mana dia kejar dengan tailong, kawan-kawan dia," katanya.
Nurul Hidayu berterima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus memberi sokongan dan kata-kata semangat kepadanya. - The Reporter
0 Response to "'Alhamdulillah, husband saya sudah ditahan reman' - Nurul Hidayu "
Post a Comment