Kerja shift adalah hazad pekerjaan yang popular. Banyak kajian yang
telah dibuat dan banyak kemalangan di tempat kerja yang dicatatkan dan
dikaitkan dengan kerja shift.
Ada juga kajian yang mengaitkan faktor genetik dengan keupayaan untuk
kerja shift, di mana ia mungkin menjawab persoalan mengapa ada yang
mampu bertahan dan ada yang mungkin terlena.
Ia bukan sesuatu yang mudah. Kerja shift adalah hazad yang real.
Sekiranya ternampak staff shift malam tertidur jam 4.10 pagi, kejutkan
dia dan maklumkan urusan anda. Saya pasti beliau gembira untuk bantu.
Sleeping is real. Fatigue is real. Ini belum lagi sentuh bab kerja
oncall dan microsleep. Hanya yang pernah oncall lebih 36 jam
berturut-turut yang memahami situasi. Anak bini terabai, mentally
fatique, malah ada yang kehilangan nyawa dalam perjalanan pulang dari
kerja.
Ia bukan hanya terpakai untuk doktor, jururawat atau dressar, tetapi
juga kepada pemandu lori, pemandu bas, operator kilang, pengawal
keselamatan dan segala macam jenis pekerjaan lagi. Semua ada situasi
sendiri.
Sebab itu saya tegaskan, belajarlah untuk memahami. Ini terpakai bukan
hanya kepada masyarakat sebagai klien, tetapi juga untuk bos-bos di
jawatan lebih tinggi. Fahami situasi staf anda, jangan bertindak hanya
dengan spinal reflex sahaja. Bos perlu berperanan sebagai pemangkin
membakar motivasi.
Alangkah baiknya jika bos nampak staf terlena kerana kepenatan pada
shift malam yang ketiga, offer air kopi untuk mereka. Biar bos bodek
staf, jangan staf yang kipas bos.
"Kualiti boleh dijaga sepenuh hati, namun hati staf tiada galang ganti."
Mohd Fadhli Mohd Fauzi - pernah kerja shift dan oncall 36 jam
0 Response to "Kerja shift bukan sesuatu yang mudah "
Post a Comment