7-Eleven merupakan sebuah kedai yang paling terkenal di dunia dan juga kedai runcit paling banyak dimuka bumi ini. 7-Eleven juga dipanggil 7-E merupakan francais dari Texas, Amerika Syarikat.
Sejarah
penubuhan 7-Eleven ini bermula apabila Joe. E Thompson menjual susu,
telur dan roti di Texas pada tahun 1927 . Pada mulanya, ia beroperasi
pada jam 7 pagi hingga 11 malam dan disebabkan itulah namanya dipanggil
7-Eleven .
Pada tahun 1946, bermulalah secara
rasminya kedai tersebut dikenali sebagai 7-Eleven. Kedai ini berkembang
dengan maju apabila pada tahun 1952 ia telah membuka cawangan kedainya
yang ke-100. Ia telah dikorporatkan sebagai Southland Corporation pada
tahun 1961.
Setahun selepas diperbadankan,
7-Eleven telah mencuba formulasi dimana membuka kedai 24 jam di Austin,
Texas dan pada tahun 1963, kedai 24 jam dibuka di Las Vegas, Fort worth
dan Dallas.
Pada tahun 1980, syarikat ini
mengalami masalah kewangan yang mana telah menjual syarikat pembungkusan
ais dan diselamatkan dari muflis oleh Ito-Yokado. Syarikat Jepun
menguasai sepenuhnya 7-Eleven pada awal tahun 90-an yang mana membuat
pembaharuan dimana membuka lebih 1000 francaisnya di Amerika Syarikat.
Salah
sebuah produk yang sehingga kini 7-Eleven masih punyai dan amat popular
adalah Slurpee yang telah membawa keuntungan berjuta dolar kepada
7-Eleven. Kajian mendapati Slurpee telah dijual sebanyak 188,883 gelas
atau cawan di Kanada.
Jika
dilihat di Malaysia, 7-Eleven mempunyai nilai komersialnya sendiri yang
mana telah memberikan suatu perspektif baik kepada masyarakat tentang
7-Eleven. Ia juga menjadi pilihan ramai orang untuk membeli barangan
seperti snek, rokok, minuman dan sebagainya kerana pilihannya yang
banyak.
Ia juga menjadi tumpuan orang ramai
yang mana ingin membeli barangan keperluan pada lewat malam tatkala
kedai-kedai serbaneka yang lain sudah pun tutup. Mungkin ia salah sebuah
tarikan apabila membuka kedainya 24 jam sehari.
7-Eleven
juga menjadi sasaran rompakan dan jika diperhatikan, sudah banyak kali
rompakan dilakukan di premis terutamanya pada waktu lewat pagi dimana
tiada pelanggan di dalam kedai ini. Justeru ia membuka peluang kepada
penjenayah untuk menyamun kedai ini dengan begitu senang kerana pintu
sudah terbuka.
Sesuatu perkara yang kita tidak
sedar tentang 7-Eleven adalah premis ini menjual minuman keras ataupun
arak. Arak merupakan sejenis minuman yang mengandungi alkohol yang mana
boleh memabukkan peminum.
Dalam agama Islam,
meminum arak merupakan salah satu dari dosa besar kerana ia boleh
membawa mudarat. Mudarat bermaksud keburukan dimana membuatkan peminum
mabuk dan berkhayal sekaligus diklasifikasikan sebagai berada di dalam
keadaan tidak waras.
Bila peminum berada dalam
keadaan tidak waras, maka ia akan menjuruskan kepada keburukan dimana
peminum akan melakukan perkara-perkara yang tidak akan dilakukan oleh
peminum jika berada dalam keadaan waras.
Contohnya
berkelakuan tidak sopan walaupun peminum tidak akan melakukan jika
berada dalam keadaan waras. Memandu ketika mabuk juga boleh
mengakibatkan kemalangan sekaligus akan dapat mengancam nyawa orang
lain. Seorang Islam yang mabuk juga akan mengalami kesukaran untuk
bersembahyang kerana kemungkinan tersilap membaca ayat dalam sembahyang.
Maka, Allah telah menurunkan ayat 90 dan 91 dalam Surah An-Nisa yang berbunyi ;
90.
Hai orang-orang beriman, Sesungguhnya ( meminum ) khamar, berjudi, (
berkorban untuk ) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk
dalam perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu
mendapat keberuntungan.
91. Sesungguhnya
syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di
antara kamu lantaran ( meminum ) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi
kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu ( dari
mengerjakan pekerjaan itu ).
Ringkas dan padat
itulah yang penulis kata terhadap ayat al-Quran diatas ini dimana
menghalang manusia untuk meminum arak. Ini kerana ia termasuk dalam
perbuatan syaitan dan tidak memperoleh kebaikan.
Arak
juga akan membawa kepada permusuhan dan kebencian di antara masyarakat
seperti yang kita selalu lihat dimana orang bergaduh di night club dan
kadang kala hingga menyebabkan kematian. Perkara-perkara seperti ini
sudah pastinya dibuat dalam keadaan tidak waras akibat mabuk minum arak.
Oleh
itu, terang-terangan Allah telah mengharamkan umatnya meminum arak
kerana ia jelas sekali akan membawa kepada keburukan. Apa sangkut paut
dengan tajuk '' 7-Eleven ... Pekerja Melayu Haram Bekerja ''.
Disini terdapat sesuatu hadis yang mana telah melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak. Rasulullah berkata ;
''
Diriwayatkan daripada Anas R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah melaknat
sepuluh golongan yang terlibat dengan arak, orang yang memerah arak,
orang yang meminta arak diperah untuknya, orang yang minumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil dari arak, orang yang membeli arak, orang yang meminta dibelikan arak untuknya. '' - Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi
Dalam
hadis tersebut ada suatu ayat berbunyi '' orang yang menjual arak ''.
Salah sebuah produk yang dijual di 7-Eleven merupakan arak. Dalam hadis
berkenaan, tidak dinyatakan jika hanya dijual kepada orang bukan Islam
tetapi hanya berkata '' orang yang menjual arak '' sekaligus ia salah
mengikut hukum untuk pekerja Melayu berkerja di 7-Eleven.
Kemungkinan
kerana ia akan membawa kepada keburukan jika dijual maka Allah telah
melarang ia dijual kepada sesiapa pun. Hadis tersebut juga berkata ''
orang yang mendapat hasil dari arak '' dimana pekerja 7-Eleven sudah
semestinya akan mendapat gaji yang mana diambil dari hasil keuntungan
termasuk hasil penjualan arak.
Ketiga mengapa
penulis mengatakan pekerja Melayu haram bekerja kerana sudah semestinya
pekerja di 7-Eleven tersebut akan membawa karton-karton yang berisi
minuman keras ke dalam peti ais . Di dalam hadis tersebut juga
Rasulullah juga berkata '' orang yang membawanya '' . '' -nya '' dalam
konteks itu merujuk kepada arak yang mana Rasulullah telah melaknat
mereka yang membawa arak.
Maka kesimpulan yang
boleh penulis katakan adalah janganlah umat Islam untuk terlibat dalam
apa-apa perkara sekalipun yang bersangkut paut dengan arak kerana
sesungguhnya ia amat tidak disukai oleh Rasulullah.
0 Response to "HARAM umat islam bekerja Di 7 ELEVEN "
Post a Comment