Dari Kisah Rumah Tangga
Cerita ini bukan nak mengaibkan sesiapa tetapi nak meninggalkan pesan
dan pengajaran. Lagi-lagi pada kita orang perempaun. Tentang doa orang
yang teraniaya. Doa orang yang teraniaya ini tak boleh dibuat main. Bila
dia betul-betul sedih dan berdoa ikhlas pada Allah tentang perbuatan
seseorang pada dia, Allah akan makbulkan.
Kisahnya..
Ipar-ipar perempuan menganiaya dan meminggirkan saya. Bila pulang ke
kampung, saya akan duduk di penjuru rumah seorang-seorang. Tiada siapa
nak berkawan atau bersembang dengan saya. Saya selalu cuba berkawan dan
duduk bersama mereka tetapi mereka akan bingkas bangun dan masuk ke
bilik lalu dikunci serta tergelak kuat meninggalkan saya yang
terpinga-pinga di luar dengan hanya dilihat mertua.
Mereka? Ya, bukan seorang tetapi semua adik beradik perempuan suami. Mereka cemburu dan mahu saya tinggalkan abang/adik mereka.
Apa yang saya buat, semuanya salah. Apa yang saya ada, habis semua nak
lebih dari saya sedangkan saya tak bekerja. Saya hulur tangan untuk
salam diberikan kaki untuk sambut tangan saya.
Bilik asal saya dibina oleh suami di kampung bagi memudahkan saya jika balik pun telah diambil oleh mereka.
Bila saya pulang ke kampung, bilik saya dipindahkan ke bilik stor. Mana
tempat simpan pakaian, almari dan perabot yang tak dipakai semuanya
disimpan dalam bilik itu. Katil dalam bilik patah, lantai tak beralas
dan berpasir, tingkap pecah, tiada langsir, tiada lampu, tiada kipas.
Suami tahu? Ya suami tahu dan suruh saya bersabar sebab kami hanya balik
sekejap sahaja.
Apa salah saya? Salah saya sebab saya orang Kuala Lumpur. Mereka
mengharapkan saya anak orang kaya tetapi kenduri kahwin hanya di flat,
memalukan mereka pada orang-orang kampung yang hadir.
Cuaca di kampung sangat panas membahang. Pernah satu hari saya dizinkan
suami untuk tidur kerana demam dan semua keluar untuk berjumpa dengan
kawan-kawan sekampung. tetapi saya tak boleh tidur sebab mereka menutup
plug kipas dari luar. Saya terpaksa bangun untuk buka suis smeula dan
masuk ke dalam bilik. Tidak lama kemudian mereka ketuk dinding kayu
sekuat hati menandakan mereka marah.
Saya bukan anak orang susah sebenarnya dan saya tak pernah hidup susah.
Tetapi ayah ajar berusaha dan berdikari agar dapat hidup tanpa
menyusahkan orang lain. Buku-buku bank anak-anak, mentua saya pegang.
Buku bank suami, mentua pegang. Alasan takut saya keluarkan duit.
Apa yang terjadi pada saya, suami tak pernah tahu tetapi suami banyak
kali mempertahankan saya apabila ibu mertua mempersoalkan tentang apa
yang disimpaikan anak-anak perempuannya.
Saya sedih dan tiada mengadu pada sesiapa mahupun adik, abang-abang atau
kedua ibu bapa saya sebab saya tidak mahu mereka memandang seorang pada
suami. Lagipun suami saya tidak bersalah dalam hal ini. Walaupun suami
tak tahu apa-apa, dia tahu pun dari isteri saudara suami yang duduk di
rumah sebelah. Dia yang menyampaikan pada suami, macam mana saya dilayan
bila suami tiada di rumah. Tetapi saya tidak pernah mengadu domba pada
suami.
Suami pernah memarahi saya kerana tidak memberitahunya tentang semua itu
dan dia mahu memanggil kakak dan adik-adik perempuannya tetapi saya
halang dan memohon suami kawal kemarahan dan jaga silaturahim. Lagipun,
jika suami teruskan dengan panas hati, ibu mertua pasti akan benci pada
saya dan saya tidak akan pulang lagi.
Sampai satu tahap saya tak dapat tahan, sebab kalau ikutkan ada banyak
lagi perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Dipendekkan cerita,
saya sedang mengandung anak kedua. Saya menangis seorang diri dalam
bilik kerana tidak tahan dengan kebencian mereka terhadap saya. Sambil
sembahyang, saya menangis tersedu-seduh. Saya perlukan Allah, hanya ada
Allah untuk pujuk saya. Sampai satu tahap saya sembahyang
menangis-nangis. Habis sembahyang, saya duduk berzikir dan
menangis-nangis lagi. Nak tenangkan hati tapi tak tenang dan tak tahan
juga. Saya terus berdoa pada Allah.
Ya Allah, Kau tahu aku tak bersalah. Mereka ingin aku berceria Ya Allah. Dia belum berkahwin, dia tidak tahu rasa menjadi menantu. Dia tidak merasa menjadi seorang ibu. Aku minta Kau dengar kesedihan hati aku. Aku tidak berdendam tetapi aku sedih yang aku dianiaya mereka ini, Ya Allah. Aku tak tahu mana nak mengadu melainkan Kau. Dengarlah doa aku yang teraniaya dan difitnah ini. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa, Ya Allah. Mereka akan merasa apabila mereka hendak berkahwin nanti. Bokaknya mereka akan bertukar hampa. Mereka tidak pernah bersalin, tak tahu rasa bersalin, mereka akan merasa sakitnya bersalin itu, Ya Allah. Dan sakitnya apabila diperlakukan seperti ini oleh ipar mereka nanti. Sesungguhnya aku tidak berdendam tetapi aku terlalu terluka. Aku mengadu dan meminta agar mereka tahu dan sedar bila mereka berada di tempat aku.
Dengan izin Allah, doa saya dimakbulkan. Bukan saya nak kata Allah
dengar doa saya tetapi apa yang terjadi pada dia, itu yang saya doakan
dulu. Saya juga terkejut sebenarnya.
1. Pada hari perkahwinan mereka, macam-macam dugaan. Banjir, nak pasang
khemah tak tahu di mana. Kereta tak boleh masuk, masalah cari barang
masakan kenduri sampai kena naik sampan. Barang-barang hantaran rosak.
Kenduri hanya orang kampung yang datang. Lauk pauk tak habis sehingga
terpaksa diberi pada orang dan dibuang kerana yang hadir hanya
orang-orang kampung dan kenalan dekat sahaja.
2. Selepas berkahwin, salah seorang dari mereka mengadu tentang layanan
ipar dan ipar mengata/fitnah dia macam-macam. Sampai adik beradik suami
benci dan cari kesalahan dia. Dia sudahpun keluar dari rumah dengan
barang-barangnya dan duduk berasingan dengan suami.
3. Sampai masa nak bersalin, tiga hari tnggu dalam wad. Tak lepas-lepas
keluar anak dalam perut. Suami ada bertanya pada saya, kenapa adik dia
jadi begitu sedangkan dulu bila saya bersalin, semuanya mudah.
"Adik abang mulut suka maki dan aniaya serta berdengki dan busuk hati,
putuskan silaturahim saudara mara. Suruh dia minta maaf pada mak, suami
dia dan saudara mara dia," kata saya pada suami.
Suami cakap adik dia dah buat semua itu. Saya diamkan diri. Suami pandang saya.
"Dia kena minta maaf pada seseorang. Seseorang yang selalu dia aniaya,
maki hamun di media sosial, perli depan-depan. Seseorang yang
diperlakukan seperti orang asing, dipulaukan, dan dia tidak ingin orang
itu berada dalam keluarga ini," kata saya lagi.
Suami terdiam dan serta merta faham dengan apa yang saya jelaskan. Suami
terus memujuk dan meminta maaf bagi pihak adiknya. Saya diam sahaja,
tak cakap apa-apa.
Hari ketiga masih dalam wad, sudah melepasi tarikh sepatutnya bersalin.
Bukaan masih 4 sentimeter. Doktor dah risau sebab bayi tak keluar lagi,
seperti ada sesuatu yang menahan. Diazan, tak keluar, dibaca yasin tak
keluar juga, dibuat solat hajat tak keluar.
Lantas suami tersedar dan teringatkan saya di rumah. Suami sedar saya
banyak teraniaya dan terasa hati. Selama ini memang isterinya tidak
bersalah. Jenuh suami mesej saya setiap jam. Beri perkembangan terkini
tentang keadaan adik dia. Saya diamkan diri juga.
"Adik menderita sangat-sangat, sakit kena jolok, kena usik macam-macam.
Diberi ubat tahan sakit macam-macam, tak kesian ke?" mesej dari suami.
Saya tetap berdiam sampailah suami mesej kata doktor tiada pilihan dan
terpaksa bedah sebab anak dalam perut dah mula lemas dan takut anak adik
ipar tak selamat. Terus saya doa dalam hati dan mengangkat tangan.
Allah, permudahkan segala urusan pembedahan ipar aku. Selamatkan anak dalam kandungan yang tidak pernah bersalah terhadap aku. Tolong aku Ya Allah. Selamatkan kedua-duanya. Jangan biarkan aku dalam serba salah, aku akan rasa berdosa.
Beberapa minit kemudian, suami mesej.
"Terima kasih sayang, baby dah lahir. Kedua-duanya selamat. Abang tahu
isteri abang baik. Biarlah apa yang mereka cakap, abang kena isteri
abang.."
Saya balas, "Ingatkanlah adik abang itu. Itu pengajaran pertama dari Allah. Agar pengajaran ini tidak berulang lagi..."
Saya tidak mereka-reka cerita. Tetapi pada saya, pada yang tahu kebesaran kuasa Allah SWT itu, jangan dibuat main.
Perkahwinan saya kini di ambang penceraian. Saya terkena sihir pemisah.
Doakanlah agar saya merasa bahagia dan dilindungi dari kezaliman pihak
mereka. Semoga suatu hari nanti Allah akan membalas segala perbuatan
mereka.
0 Response to " 'Suruh adik ipar minta maaf kalau nak mudah bersalin' "
Post a Comment